Polis cari pelaku anjing maut ditembak

Polis menjalankan siasatan berkaitan seekor anjing dipercayai mati ditembak menggunakan senapang angin dalam kejadian di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah dekat sini pada Jumaat. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Vijay
Polis menjalankan siasatan berkaitan seekor anjing dipercayai mati ditembak menggunakan senapang angin dalam kejadian di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah dekat sini pada Jumaat. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Vijay
A
A
A

KLANG - Polis menjalankan siasatan berkaitan seekor anjing dipercayai mati ditembak menggunakan senapang angin dalam kejadian di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, laporan dibuat kira-kira jam 11.34 pagi oleh seorang individu berkaitan anjing terbabit yang ditemui di hadapan sebuah kilang di kawasan perindustrian berkenaan.

"Anjing itu didapati dalam keadaan tidak bermaya selain terdapat kesan pendarahan di belakang leher dan kedua kaki hadapan.

"Individu berkenaan kemudian membawa anjing itu ke klinik haiwan di kawasan Kota Damansara untuk mendapatkan rawatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh badan haiwan itu.

"Doktor yang merawat anjing itu mengesahkan ada banyak bearing timah di bahagian belakang leher selain kaki haiwan itu turut didapati patah.

"Setakat ini pihak polis masih belum mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta segera menyalurkannya kepada IPD Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.