Tangisan kembar cari ibu mati ditembak, runtun hati netizen

Ciapan wanita tempatan mengenai pasangan kembar dari China yang kehilangan ibu mereka dalam insiden tembakan di Siam Paragon, Bangkok. - Foto Agensi
Ciapan wanita tempatan mengenai pasangan kembar dari China yang kehilangan ibu mereka dalam insiden tembakan di Siam Paragon, Bangkok. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Gambar pasangan kanak-kanak perempuan kembar berusia lima tahun yang menangis mencari ibu mereka yang mati ditembak remaja berusia 14 tahun di pusat membeli-belah Siam Paragon, meruntun hati netizen.

Som Doung, mangsa yang terselamat berkongsi detik-detik cemas semasa isiden itu di media sosial X berkata, kembar dari China itu menghampirinya untuk mencari ibu mereka yang hilang di pusat membeli-belah yang terkenal di Bangkok itu.

"Si kembar tidak menemui ibu mereka yang ditembak dan datang kepada saya untuk meminta mencarinya," menurut ciapannya di gambar tersebut.

Wanita tempatan turut menyebut dia telah melakukan yang terbaik untuk membantu mereka, walapun ketika itu bateri telefon bimbitnya hanya tingga satu peratus dan pastinya sukar untuk meminta bantuan pihak lain.

"Kanak-kanak itu bertanyakan sama ada ibu mereka meninggal dunia, namun saya tidak menjawab soalan itu dan cuba menghiburkan mereka sambil memberitahu mereka ibunya hanya cedera akan menemui mereka nanti," tambahnya.

Bagaimanapun, selepas itu pegawai polis memberitahu ibu kembar tersebut telah meninggal dunia akibat insiden tembakan terbabit.

Menurut laporan yang sama, pelancong China itu ditembak di kepala di tandas tingkat bawah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Saya rasa ingin menangis dan sangat sedih dengan nasib pasangan kembar itu," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Dalam ciapannya itu, Som meluahkan rasa kecewanya kepada pelaku yang menyebabkan kembar itu hilang ibu mereka dengan cara tragis.

Dia mengakhiri cacatan itu dengan menyatakan ia adalah hari paling sedih dalam hidupnya.

Sebelum ini, polis Thailand mengesahkan dua individu iaitu seorang wanita China dan warga Myanmar dilaporkan maut dalam kejadian itu manakala lima lagi cedera.

Dalam perkembangan lanjut, polis menahan tiga orang disyaki pembekal senjata api kepada remaja tersebut.

Suspek dibawa ke Bangkok untuk disoal siasat. - Agensi