Keputusan adil di Molineaux, kata Solksjear

Solksjear menyifatkan keputusan seri dilakar ketika menentang Wolverhampton di Molineaux sebagai adil. - Foto Manchester United
Solksjear menyifatkan keputusan seri dilakar ketika menentang Wolverhampton di Molineaux sebagai adil. - Foto Manchester United
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solksjear menyifatkan keputusan seri 0-0 dilakar para pemain The Red Devils ketika bertandang menentang Wolverhampton pada Pusingan Ketiga Piala FA di Stadium Molineaux sebagai sesuatu yang adil.

Menurutnya, biarpun penguasaan seimbang dengan pelawat melakukan 12 percubaan, namun ketumpulan bahagian penyudah sekali lagi menjadi penghalang.

"Wolves adalah kelab yang bagus, kuat dan mengunakan kekuatan fizikal. Kami bermain baik pada babak pertama dan mendominasi penguasaan bola.

"Tapi mereka kemudian menguasai momentum pada babak kedua dan membuat perlawanan kembali sengit.

"Pada saya keputusan perlawanan di Molineaux ini adalah adil kepada kedua-dua pasukan," katanya.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi di Stadium Old Trafford selepas ini.

Tambah Solksjear, beliau lebih memilih perlawanan ulangan daripada tersingkir pada pusingan ini.

"Secara jujur malam ini kami berharap lolos, tapi kami masih berjaya mengekalkan saingan dalam pertandingan ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami tahu bertanding di sini bukan satu tugas mudah. Jadi saya lebih memilih perlawanan ulangan daripada tersingkir. Moga kami mempunyai lebih banyak peluang untuk mara peringkat seterusnya pada aksi di Old Trafford," katanya.