Minggu Latihan Kebangsaan tawar 25,000 kursus percuma

Gimik Majlis Pra Pelancaran NTW 2024 dan Program Libat Urus Bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang berlangsung di Hilton Hotel pada pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Gimik Majlis Pra Pelancaran NTW 2024 dan Program Libat Urus Bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang berlangsung di Hilton Hotel pada pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25,000 kursus dan latihan percuma ditawarkan sepanjang penganjuran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 anjuran HRD Corp yang akan berlangsung 24 hingga 30 Jun datang.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, beliau menyasarkan seramai 150,000 orang bakal menyertai latihan-latihan dengan jumlah pembiayaan oleh industri sebanyak RM200 juta.

Menurutnya, sebelum ini NTW 2023 telah berjaya memberikan latihan percuma kepada 130,000 orang pelatih bersamaan dengan 21,000 kursus percuma di seluruh negara dengan keseluruhan 500,000 jam latihan,” katanya.

“Terbaharu pada NTW 2024, program literasi Kecerdasan Buatan (AI) antara program yang akan turut ditawarkan pada tahun ini, selain kursus yang berkualiti tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Pra Pelancaran NTW 2024 di sebuah hotel, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Datuk Shahul Dawood.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berucap ketika Majlis Pra Pelancaran NTW 2024 dan Program Libat Urus yang berlangsung di Hilton Hotel pada pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berucap ketika Majlis Pra Pelancaran NTW 2024 dan Program Libat Urus yang berlangsung di Hilton Hotel pada pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Jelasnya, HRD Corp menerima levi latihan daripada syarikat-syarikat berdasarkan bilangan pekerja terdiri daripada 1.2 juta perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Artikel Berkaitan:

“Tetapi SME yang mempunyai keupayaan berada diparas membayar levi hanya lebih kurang 80,000, justeru kita tahu pasaran latihan ini amat luas dan kali ini kita akan memberikan latihan percuma kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira syarikat tersebut bayar levi atau pun tidak.

“Kita perlu melihat kepada latihan-latihan yang berkualiti sebab targetnya ialah untuk latihan menjadi papan luncur kepada satu dasar ataupun satu sasaran di mana pemberi latihan di Malaysia ini mencapai tahap kualiti antarabangsa,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu yakin menerusi ekosistem yang wujud negara kini sudah mampu melahirkan syarikat- syarikat industri bertaraf dunia,

Selain itu tambah beliau, pembaharuan NTW tahun ini adalah pembukaan penyertaan bukan hanya kepada golongan pekerja sektor swasta malah kepada penjawat awam.

Difahamkan program tersebut merupakan satu minggu yang penuh dengan acara latihan serta aktiviti yang menghimpunkan organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang dan industri untuk mengalami peluang pembelajaran dan Pembangunan di seluruh negara.

Sebanyak lima teras latihan dan kursus yang ditawarkan termasuklah kemahiran hidup, kemahiran masa depan, kreativiti dan inovasi, kewangan, dan pembangunan mampan.