Skuad hoki wanita negara 'belasah' Oman 10-0

Aksi pemain negara ketika berdepan Oman dalam kempen Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, pada Rabu. Foto: Malaysian Hockey Confederation
Aksi pemain negara ketika berdepan Oman dalam kempen Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, pada Rabu. Foto: Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

SKUAD hoki lima sebelah (5s) wanita negara memperagakan aksi meyakinkan apabila mengatasi Oman 10-0 apabila membuka gelanggang Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) di Muscat, Oman pada Rabu.

Dalam perlawanan itu gol pasukan negara dijaringkan Zati Alyani Muhamad Zubir (m-10, m-11, m-22, m-25), Nur Zafirah Aziz (m-11, m-13, m-27), Qhairunisya Mohd Zanili (m-16, m-30), Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (m-22).

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Oman, pengendali skuad hoki 5s negara, Nabil Fiqri Mohd Noor gembira apabila misi meraih tiga mata berjaya direalisasikan pemain-pemainnya.

“Alhamdulillah, objektif untuk perlawanan pertama berjaya diterjemahkan dengan sempurna pemain-pemain dalam perlawanan ini.

“Biarpun begitu terdapat beberapa elemen yang masih boleh diperbaiki pasukan untuk perlawanan selepas ini,” katanya pada Rabu.

Aksi pemain negara ketika berdepan Oman dalam kempen Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, pada Rabu. Foto: Malaysian Hockey Confederation. Foto: Malaysian Hockey Confederation
Aksi pemain negara ketika berdepan Oman dalam kempen Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, pada Rabu. Foto: Malaysian Hockey Confederation. Foto: Malaysian Hockey Confederation

Mengenai lapan daripada 10 gol yang dijelmakan menerusi jaringan padang, Nabil Fiqri berkata, “Gol padang yang dihasilkan penyerang dalam perlawanan ini secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada mereka bagi perlawanan seterusnya.

“Namun begitu ketajaman penyudah masih perlu diperbaiki lagi.”

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, anak buah Nabil Fiqri juga diundi bersama Belanda dan Fiji selain Oman dalam Kumpulan A.