Orang kaya Islam diburu bayar zakat

Lawatan Che Mat bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke beberapa projek di bawah Kumpulan Brainy Bunch di Raudhah City hari ini. -Foto Melayu Bangkit News
Lawatan Che Mat bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke beberapa projek di bawah Kumpulan Brainy Bunch di Raudhah City hari ini. -Foto Melayu Bangkit News
A
A
A

CYBERJAYA – “Saya sedang mencari mereka yang kaya-kaya ini yang sebahagian besar mereka tidak membayar zakat tunaikan kewajipan mereka.” kata Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Memetik laporan Melayu Bangkit News, beliau sedang mencari mereka yang membayar zakat terutamanya golongan yang kaya untuk membantu asnaf.

“Orang Islam ini selagi banyak duit selagi itu dia cintakan harta. Dia tidak mahu keluarkan 2.5 peratus atau 1 daripada 40 kekayaan dia,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke beberapa projek di bawah Kumpulan Brainy Bunch di Raudhah City hari ini.

“Saya seru kepada mereka (orang kaya) kerana saya tidak takut kepada masyarakat Islam ke atau bukan Islam tetapi saya takut kepada ALLAH.

Che Mat berkata, mereka ini boleh menguasai kekayaan umat Islam tetapi dia boleh membelanjakan 39 daripada 40 kekayaan itu kerana satu daripada untuk asnaf pelbagai ketegori untuk tujuan kekuatan ekonomi umat Islam.

Jelasnya, di Wilayah Persekutuan lebih 20,000 orang miskin terdiri daripada golongan asnaf.

“Ini merupakan angka terbanyak di Malaysia. Sebab itu kenapa boleh kumpul RM 700 juta kerana angka yang paling banyak diagihkan kepada asnaf.

“Bagi saya seseorang yang mempunyai pendapatan perlu bayar zakat, mereka yang tiada pendapatan menjadi asnaf,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai pandangan mengenai usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Brainy Bunch yang diketuai oleh Fadzil Hashim terhadap pembangunan komuniti Islamik, beliau berkata, itu antara sumbangan terbaik kepada ummah bukan sahaja memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak tetapi dengan mewujudkan bandar moden Islamik dan pusat- membeli belah menghimpunkan produk Muslim.

“Apa salahnya membelanjakan wang di Malakat Mall untuk membeli barang- barang dan restoran yang halal manakala peniaga pula terdiri daripada peniaga Muslim.

“Sebagai pengerusi PPZ Wilayah Persekutuan saya anggap jika mereka ini menguasai perniagaan seperti ini ekonomi Muslim berada di tahap yang terbaik,” katanya.

Dalam lawatan itu mereka turut dibawa melawat ke Malakat Mall, projek perumahan di Raudhah City dan Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch.