[VIDEO] Petugas p-hailing boleh nikmati internet serendah RM33, data 40GB

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dijangka lebih 200,000 petugas p-hailing seluruh negara bakal menikmati Pakej P-Hailing Rahmah yang dilancarkan pada Selasa.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pemandu dan penunggang p-hailing akan menikmati perkhidmatan internet serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB.

Menurutnya, setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform masing-masing.

Dijangka lebih 200,000 petugas p-hailing seluruh negara bakal menikmati Pakej P-Hailing Rahmah yang dilancarkan pada Selasa.
Dijangka lebih 200,000 petugas p-hailing seluruh negara bakal menikmati Pakej P-Hailing Rahmah yang dilancarkan pada Selasa.

"Insentif Pakej Rahmah ini merupakan penghargaan kepada petugas industri p-hailing dalam usaha menyokong ekonomi digital, sekali gus memastikan perkhidmatan ini sampai kepada semua pengguna di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pakej P-Hailing Rahmah di Angkasapuri Kota Media di sini pada Selasa.

Pakej P-Hailing Rahmah yang diperkenalkan turut mendapat kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes).

Selain itu ianya turut melibatkan kerjasama dengan 16 syarikat penyedia platform p-hailing, iaitu FoodPanda, Grab, Bungkusit, Halo Delivery, iHantar, Lalamove, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, Shopee, Fasz Food, Lazada Logistics, Belibeli, iGoGet,GoGet dan GoLog.

Artikel Berkaitan:

Fahmi (enam kiri) bersama wakil syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Pakej P-Hailing Rahmah.
Fahmi (enam kiri) bersama wakil syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam Pakej P-Hailing Rahmah.

Mengulas lanjut mengenai pakej baharu yang dilancarkan Fahmi berkata, sesuatu yang amat menggembirakan apabila penyediaan pakej telco disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan penunggang dan pemandu p-hailing.

" Pakej P-Hailing Rahmah ini sudah pasti akan meningkatkan keterhubungan digital penunggang p-hailing dan membolehkan mereka mengakses maklumat yang mereka perlukan semasa melaksanakan tugas.

"Ia juga merupakan langkah penting untuk merancakkan industri ini pada masa hadapan selain memastikan kecekapan dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan," katanya.

"Apa yang lebih penting lagi, inisiatif ini bakal membuka pintu rezeki dan peluang untuk memperkasakan p-hailing," katanya.

Beliau dalam pada itu turut berharap agar pemain industri yang lain agar turut sama mengambil peluang daripada kerjasama ini dan meneroka perkongsian serupa yang boleh memanfaatkan bukan sahaja kepada pemain industri, bahkan dalam meningkatkan ekonomi negara melalui aktiviti ekonomi digital.