Bekalan elektrik di Sabah, Labuan pada tahap waspada - SESB

SESB jangka tidak berlaku catuan walaupun bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahap berwaspada. Foto hiasan
SESB jangka tidak berlaku catuan walaupun bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahap berwaspada. Foto hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah pada tahap berwaspada hari ini, namun dijangka tidak berlaku catuan.

Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Mosigil berkata, jumlah keseluruhan bekalan tenaga elektrik dalam grid syarikat itu ialah 1,128 megawatt (MW).

Beliau berkata, permintaan tenaga elektrik waktu puncak untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 2.30 petang ini ialah 1,027 MW, manakala waktu puncak 7.30 malam semalam ialah 957 MW.

"SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 101 MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebih permintaan hari ini. Setakat ini, tiada catuan dijangka dilakukan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Adrian berkata, SESB turut memperoleh penjanaan tenaga elektrik melalui solar yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar tenaga bebas Tadau Energy Sdn Bhd sebanyak 18.3MW dengan keupayaan maksimum penjanaan 50 MW bergantung kepada cuaca dan tenaga suria. - Bernama

Artikel Berkaitan: