Ahli Majlis PBT Selangor: UMNO tidak tamak - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media selepas sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal di Kementerian Pengangkutan pada Isnin.
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media selepas sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal di Kementerian Pengangkutan pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa parti itu tamak dalam isu jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor

Tegas beliau, UMNO mempunyai 22 ketua bahagian di negeri itu, namun hanya 20 yang ditawarkan untuk jawatan untuk jawatan tersebut.

"Kalau ada yang tidak dapat, ada yang dapat, lebih baik tolak semua," katanya ketika sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal di Kementerian Pengangkutan di sini pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, keputusan 20 ketua bahagian menolak jawatan itu wajar dihormati.

"Saya telah mengadakan mesyuarat malam dengan mereka malam tadi (Ahad) dan menghormati keputusan itu.

"Mereka tidak kecil hati," katanya lagi.

Ujar Ahmad Zahid, walaupun begitu UMNO Selangor sedia memberi sokongan terhadap program kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu memainkan peranan secara bebas dan walaupun tidak duduk sebagai ahli di PBT," katanya.

Pada Sabtu, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memberitahu parti itu memutuskan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada parti sekutunya, Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, UMNO Selangor mahu sebanyak 373 jawatan JPKK di negeri tersebut diberikan kepada parti berkenaan.

Bagaimanapun, Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), Juwairiya Zulkifli berkata, keputusan tersebut dianggap tidak wajar dan tidak munasabah.