Industri pelabuhan mahu tarik lebih ramai penyertaan wanita

Norzalinda (kanan) bersama pekerja Northport ketika dalam temubual, baru-baru ini.
Norzalinda (kanan) bersama pekerja Northport ketika dalam temubual, baru-baru ini.
A
A
A

INDUSTRI pelabuhan menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan wanita khususnya dalam kalangan belia untuk menceburi bidang kerjaya berpotensi itu.

Pengurus Besar Bahagian Modal Insan Northport (Malaysia) Bhd (Northport), Norzalinda Mohamed berkata, usaha itu berikutan terdapat banyak cabang kerjaya yang boleh dipelopori oleh golongan wanita termasuk di bahagian pengurusan, pentadbiran serta pengendalian operasi.

“Pelabuhan adalah satu tempat paling stabil untuk bekerja. Ketika pandemik Covid-19 melanda negara sebelum ini, banyak industri seperti perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) terpaksa ditutup, namun industri pelabuhan terus bertahan dan tetap beroperasi.

“Sekarang ini kita dalam usaha untuk melantik lebih ramai wanita untuk berkhidmat di peringkat pengurusan serta pengendalian operasi pelabuhan.

"Jadi peluang itu memang banyak, cuma bergantung kepada keyakinan dan kesanggupan mereka memikul cabaran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Northport, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Norzalinda
Norzalinda

Tambah Norzalinda, bukan semua individu mampu menyesuaikan diri bekerja dalam industri pelabuhan seperti mana di Northport yang merupakan syarikat pelabuhan utama negara dan beroperasi selama 24 jam setiap hari.

“Jadi orang yang mahu kerja di pelabuhan ini kena kental, badan sihat dan jiwa kena kuat.

Artikel Berkaitan:

“Northport sentiasa memberikan pendedahan dan latihan kepada semua kakitangan. Kepada mereka yang kental, rajin, bersemangat dan mahu terus memperbaiki diri, kita membuka peluang kepada mereka untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi sama ada di bahagian operasi mahupun pengurusan, bagi menjamin kemajuan kerjaya mereka di dalam industri pelabuhan,” ujarnya.