Sekretariat Gerakan Rakyat serah memorandum kepada Agong esok

Surat tular didakwa dikeluarkan Pemuda Pas Selangor mengenai penyerahan memorandum rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong dijadualkan akan berlangsung pada Selasa di Istana Negara.
Surat tular didakwa dikeluarkan Pemuda Pas Selangor mengenai penyerahan memorandum rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong dijadualkan akan berlangsung pada Selasa di Istana Negara.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penyerahan memorandum rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan akan berlangsung pada Selasa, di Istana Negara.

Difahamkan, penyerahan itu akan dilakukan oleh Sekretariat Gerakan Rakyat di hadapan Pintu 2, Istana Negara pada jam 10.30 pagi.

Berdasarkan surat tular yang didakwa dikeluarkan oleh Pemuda Pas Selangor, parti itu turut menyokong dan meminta penyokong hadir ke program tersebut.

Pemuda Pas di setiap kawasan juga diminta untuk menghantar minimum 100 pemuda untuk menyertai penyerahan memorandum berkenaan.

Bagaimanapun, semua pihak yang terlibat dalam program itu diingatkan supaya menjaga adab dan mengelakkan daripada melakukan perkara bercanggah dengan undang-undang.

Artikel Berkaitan: