Band rock nombor satu Indonesia sokong Ganjar-Mahfud MD

Ganjar (tiga dari kanan) Mahfud MD (empat dari kiri) diapit anggota band Slank. - Foto Agensi
Ganjar (tiga dari kanan) Mahfud MD (empat dari kiri) diapit anggota band Slank. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Timbalan Pengarah Perwakilan Pasukan Pemenang Kebangsaan (TPN), Ganjar-Mahfud MD optimis sokongan diberikan kumpulan rock terkenal Indonesia, Slank dapat melonjakkan kebolehpilihan pasangan calon (paslon) No. Siri Tiga itu pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024).

Charles Honoris berkata, ia bakal memberikan impak lebih besar berbanding tindakan sejumlah anggota Taruna Merah Putih (TMP) yang beralih sokongan kepada calon presiden (capres) No. Siri Dua, Prabowo Subianto, mengikut jejak langkah bekas anggota Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Maruarar Sirait.

“Kami berharap sokongan Slank terhadap Ganjar-Mahfud MD memberi pulangan lumayan memandangkan mereka merupakan band lagenda yang mempunyai lebih empat juta peminat fanatik.

“Jika Prabowo-Gibran mendapat Maruarar, kami pula dapat Slank.

“Mereka sokong Ganjar-Mahfud MD kerana nilai demokrasi memandangkan paslon tersebut dianggap paling sesuai untuk melaksanakan agenda Reformasi 1998 seperti membanteras rasuah, pakatan sulit dan nepotisme,” ujarnya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Pemain dram Slank, Bimbim memberitahu, anggota kumpulan itu dan peminat mereka turut melontarkan sejumlah idea dan buah fikiran kepada Ganjar-Mahfud MD untuk direalisasikan jika memenangi Pilpres 2024. - Agensi

Artikel Berkaitan: