Maritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan bawa PATI

Bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia kerana membawa PATI.
Bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia kerana membawa PATI.
A
A
A

PORT DICKSON - Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan pada Jumaat kerana disyaki membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarahnya, Kapten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah mengesan satu kontek curiga dari laluan Skim Pemisah Trafik (TSS) menuju ke Kuala Sungai Sepang, Selangor jam lebih kurang lebih 12 tengah hari.

"Sejurus maklumat diterima, Bot MNMNS yang dalam rondaan Op Murni/Op Tiris Fasa 3.0 diatur gerak dan berjaya memintas bot tersebut.

"Pemeriksaan mendapati terdapat tiga individu iaitu tekong, seorang awak-awak rakyat tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 49 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim.
Bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim.

Menurutnya, bot tersebut telah ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Migran 2022.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa memantau dan tegas dalam menyekat kemasukan PATI melalui perairan negara.

"Bagi membanteras kegiatan seperti itu, orang ramai diminta untuk membantu menyalurkan sebarang maklumat salah laku di laut ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam," katanya.

Artikel Berkaitan: