Wanita warga emas maut terbakar

Seorang warga emas ditemui maut terbakar di Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat. - Foto: PDRM
Seorang warga emas ditemui maut terbakar di Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat. - Foto: PDRM
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita warga emas ditemukan maut terbakar hampir 80 peratus pada tubuh badan dalam satu kejadian kebakaran di Kelana Jaya dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 3.46 pagi daripada orang awam yang melihat kejadian kebakaran di lorong Jalan SS 22 / 10.

Menurutnya, sebuah mobile patrol vehicle (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama sebuah jentera bomba ditugaskan ke lokasi kejadian sekitar jam 4 pagi.

Anggota polis dan bomba tiba di lokasi kejadian seorang warga emas ditemui maut terbakar di Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat. - Foto: PDRM
Anggota polis dan bomba tiba di lokasi kejadian seorang warga emas ditemui maut terbakar di Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat. - Foto: PDRM

"Siasatan awal dijalankan mendapati seorang wanita lingkungan 60-an terbakar 80 peratus badannya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Punca kejadian kebakaran ini masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Fakhrudin berkata, pihak polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan dibuka untuk memastikan punca kematian.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: