Kerajaan tanggung RM9.4 juta subsidi haji jemaah B40

Mohd Na'im
Mohd Na'im
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan menanggung kos sebanyak RM9.4 juta selepas bersedia memberi subsidi sebanyak RM1,000 bagi setiap golongan B40 yang bakal menunaikan haji buat kali pertama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, susulan daripada itu jemaah haji Muassasah B40 hanya perlu membayar kos sebanyak RM12,356.

Katanya, langkah itu adalah sebagai keprihatinan kerajaan yang sentiasa merasai denyut nadi rakyat.

"Kadar bayaran kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang. Bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruhan kos haji.

"Manakala, kumpulan T20 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang," katanya pada Majlis Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) 1445H/ 2024M.

Mohd Na'im pada Majlis Perasmian Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA pada Jumaat. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Na'im pada Majlis Perasmian Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA pada Jumaat. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Dalam perkembangan lain, Mohd Na'im meminta orang ramai memastikan pakej haji yang ingin diambil adalah daripada salah satu 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan oleh Tabung Haji.

Ujarnya, langah itu bagi memudahkan pemantauan dilakukan sekali gus mengelakkan kes penipuan.

Artikel Berkaitan:

"Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak berita berkaitan dengan penipuan pakej haji dan umrah dilaporkan oleh pihak media.

"Saya yakin kesemua syarikat yang dilesenkan memiliki kapasiti teguh, kepakaran dan pengalaman mencukupi serta berwibawa dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam menjaga kebajikan jemaah haji," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!