I- Sekat dilaksana mulai Isnin ini

 Norkamawati
Norkamawati
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan melaksanakan sistem i-Sekat, iaitu sekatan kepada individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan dengan MPK bermula Isnin ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Norkamawati Kamal berkata, sistem ini diperkenalkan bagi memudahkan pihaknya mengesan mana-mana individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan seperti tunggakan cukai taksiran, sewaan dan kompaun pelbagai kesalahan lain.

Menurutnya, sekatan itu akan menyebabkan mereka terhalang untuk mendapatkan perkhidmatan atau membuat sebarang urusan dengan MPK.

"Ia termasuk dalam urusan permohonan permit perniagaan atau penganjuran Bazar Ramadan, pembelian dan pengemukaan dokumen tender, permohonan kelulusan pelan pemajuan serta penyewaan premis perniagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sistem i-Sekat ini hanya menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat untuk mengesan individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan atas pelbagai kesalahan.

"Sekatan tersebut hanya akan dibatalkan sehingga tunggakan tersebut dijelaskan sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan: