Sindiket kartel projek TLDM: SPRM tahan tiga orang tengah

Ketiga-tiga suspek lelaki, berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 6 petang.
Ketiga-tiga suspek lelaki, berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 6 petang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga individu yang dipercayai terlibat sebagai orang tengah sindiket kartel kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah Kem Tentera Laut (TLDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Khamis.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki, berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada kira-kira jam 6 petang.

"Difahamkan, tangkapan ke atas ketiga-tiga individu tersebut dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.

"Pembayaran penuh telah dibuat walhal pembinaan masih belum siap dengan sempurna," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi pada Jumaat bagi mendapatkan permohonan reman," ujarnya.

Artikel Berkaitan: