Kapsul Peregrine dijangka terhempas ke bumi

Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis. Foto AP
Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis. Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal pada Khamis selepas ia gagal melakukan pendaratan komersial pertama di bulan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Syarikat Astrobotic yang berpangkalan di Pittsburgh berkata, kapal angkasa itu sepatutnya terbakar di atmosfera bumi di Pasifik Selatan kira-kira 1,000 kilometer (km) utara New Zealand, pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat (2100 GMT Khamis).

Satu sidang media bersama mengenai perkara itu dengan agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) NASA dijangka diadakan pada Jumaat.

Misi persendirian Peregrine telah dilancarkan minggu lepas dari pusat angkasa di Cape Canaveral di negeri Florida, AS.

Bagaimanapun, berlaku masalah sejurus selepas pelancaran, termasuk kegagalan dalam sistem pendorong yang menyebabkan kepada kebocoran bahan api.

Kapsul itu sepatutnya mendarat di bulan pada Februari di kawasan yang dipanggil Sinus Viscositatis sekali gus melengkapkan pendaratan pertama. - tanpa pemandu - di bulan oleh AS sejak misi Apollo lebih 50 tahun lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: