Muhammad Qayyim terima banglo RM420,000

Nassuruddin (empat dari kanan) menyerahkan replika banglo kepada Muhammad Qayyim Nizar (tiga dari kanan) sempena Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 pada Khamis.

A
A
A

TANAH MERAH - Juara qari lelaki Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, September tahun lalu, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi bersyukur menerima sebuah rumah daripada kerajaan Kelantan.

Banglo setingkat yang bernilai RM420,000 itu dibina di Taman Wadi Impian Ekslusif, Tanah Merah.

Muhammad Qayyim yang juga orang kurang upaya (OKU) penglibatan sejak lahir ketika ditemui memberitahu, banglo itu menjadi hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya.

"Alhamdulillah, saya sangat gembira menerima rumah ini dan ia merupakan satu rezeki ALLAH SWT," katanya selepas Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 di sini pada Khamis.

Nassuruddin menandatangani plak sebagai gimik penyerahan banglo sempena Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 pada Khamis.
Nassuruddin menandatangani plak sebagai gimik penyerahan banglo sempena Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 pada Khamis.

Majlis penyerahan dilakukan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nussuruddin Daud.

Anak sulung daripada enam beradik itu turut mengakui tidak menyangka dapat memiliki kediaman yang sangat selesa pada usia 26 tahun.

Penerima Ijazah Sarjana Muda Tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan itu berkata, dia sudah dimaklumkan lebih awal oleh wakil kerajaan negeri untuk menghadiahkan sebuah rumah.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau lagi, kediaman itu sebagai semangat buatnya untuk terus memartabatkan al-Quran ke peringkat antarabangsa.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi pernah dijemput oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada tahun 2016 ketika penutupan Majlis Penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Ankara, Turkiye.