Aaron-Wooi Yik cemas sebelum menang

Aaron (kanan) dan Wooi Yik akan menentang pasangan Jepun dalam aksi pusingan kedua Terbuka India di New Delhi pada Khamis. Foto Agensi
Aaron (kanan) dan Wooi Yik akan menentang pasangan Jepun dalam aksi pusingan kedua Terbuka India di New Delhi pada Khamis. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 di New Delhi pada Rabu.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Indira Gandhi, juara dunia 2022 itu memerlukan masa 62 minit untuk menewaskan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-9, 19-21, 21-14.

Naib juara musim lalu itu memperagakan aksi bertenaga menerusi corak permainan menyerang biarpun ada melakukan beberapa kesilapan mudah dalam kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

Kedua-dua gandingan pernah bertemu sebanyak tujuh kali sebelum ini dengan empat daripadanya dimenangi Koga-Saito pada Terbuka Denmark 2021 serta Terbuka Jerman, Terbuka Switzerland dan Kumamoto Masters tahun lalu.

Dalam saingan pusingan kedua pada Khamis, Aaron-Wooi Yik akan menentang satu lagi pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura yang mengalahkan wakil tuan rumah, Krishna Prasad-Sai Pratheek 21-14, 21-11.

Artikel Berkaitan: