Hapuskan budaya salah guna kuasa dalam sektor korporat

(Dari kiri) Farhah, George Stewart, Ayob Khan dan Syahrunizam melancarkan Integrity Day 2024 di Menara UEM Edgenta pada Rabu.Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
(Dari kiri) Farhah, George Stewart, Ayob Khan dan Syahrunizam melancarkan Integrity Day 2024 di Menara UEM Edgenta pada Rabu.Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerjasama antara Syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur, UEM Edgenta Berhad dengan Rasuah Busters sebagai rakan sinergi merupakan langkah progresif untuk menghapuskan budaya rasuah dalam sektor korporat.

Ketua Jabatan Risiko, Integriti dan Pematuhannya, Faizatul Farhah Ghazali berkata, menerusi kerjasama tersebut, ia dapat memupuk kesedaran pekerja untuk lebih cakna mengenai tata kelola dalam tadbir urus syarikat.

Menurutnya, bagi menjaga imej dan kepercayaan pihak berkepentingan mahupun pelanggan, organisasi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menolak budaya rasuah secara menyeluruh.

(Dari kanan) Norhayati menyerahkan stiker kereta kepada Farhah sempena Pelancaran Integrity Day 2024 pada Rabu. Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
(Dari kanan) Norhayati menyerahkan stiker kereta kepada Farhah sempena Pelancaran Integrity Day 2024 pada Rabu. Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Kami sedang mempergiat usaha untuk membangunkan pelbagai program menerusi kerjasama dengan Rasuah Busters.

“Mesej berkenaan rasuah perlu disampaikan secara menyeluruh supaya semua lapisan pekerja di UEM Edgenta daripada peringkat pengurusan sehingga operasi cakna mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Edgenta Integrity Day 2024 yang bertema ‘Reinventing the Future Through Good Governance’ di lobi Menara UEM Bangsar, di sini pada Rabu.

Warga kerja UEM Edgenta Berhad memegang plakad Rasuah Busters sempena Integrity Day 2024. Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Warga kerja UEM Edgenta Berhad memegang plakad Rasuah Busters sempena Integrity Day 2024. Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Berhad, Syahrunizam Samsudin; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengerusi Jawatankuasa Governance dan Risiko, Datuk George Stewart.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Norhayati Nordin berkata, menerusi kolaborasi bersama organisasi korporat berpotensi membanteras rasuah secara komprehensif.

Norhayati Nordin. Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Norhayati Nordin. Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR

Ujarnya, sistem kawalan rasuah perlu dilaksanakan secara holistik bagi setiap sektor bagi memastikan budaya integriti terus diperkasa.

“Saya percaya usaha ini sejajar dengan prinsip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin menghapuskan rasuah daripada pelbagai peringkat.

“Semua pihak perlu bekerjasama supaya kita dapat menukar budaya rasuah kepada integriti yang lebih baik,” katanya.