Duit lesap dalam bank: Polis siasat kes pelakon rugi lebih RM29,000

PELAKON dan pengacara, Dynas Mokhtar berkongsi rasa sedih apabila wang simpanannya di bank ‘hilang’ dan akaunnya hampir kosong.
PELAKON dan pengacara, Dynas Mokhtar berkongsi rasa sedih apabila wang simpanannya di bank ‘hilang’ dan akaunnya hampir kosong.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang pelakon wanita mengalami kerugian RM29,313 apabila wang simpanan peribadinya di dalam akaun bank lesap tanpa pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 (Capaian Tanpa Kuasa) setelah mengesan kenyataan mangsa berusia 40 tahun itu yang juga pengurus syarikat kosmetik di laman sosial mengenai kehilangan wang simpanannya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu telah membuat semakan penyata akaun peribadi pada Sabtu lalu dan mendapati terdapat 11 transaksi mulai 8 hingga 12 Januari lalu yang dilakukan tanpa pengetahuannya.

"Mangsa membuat laporan polis menafikan dan menyatakan beliau tidak pernah memberikan butiran peribadi perbankan kepada mana-mana pihak ketiga atau menerima sebarang pesanan ringkas nombor OTP (kata laluan sekali) bagi kesemua transaksi tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini
Artikel Berkaitan:


"Sebarang maklumat lain berkaitan jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, boleh disalurkan kepada hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03- 21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. - Bernama.