Permulaan Thailand padu, Arab Saudi bergelut di Qatar 2023

Supachai Chaided meraikan jaringan di Qatar 2023. Foto Agensi
Supachai Chaided meraikan jaringan di Qatar 2023. Foto Agensi
A
A
A

THAILAND memulakan kempen Piala Asia Qatar 2023 langkah kanan dengan laungan awal apabila menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Abdullah Bin Khalifa pada Selasa.

Gajah Perang yang tampil gemilang pada edisi Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2019 sebelum disekat China, 2-1 dalam pusingan 16 bermula garang berdepan The White Falcons.

Penyerang Buriram United, Supachai Chaided, 25, terlebih dulu meletakkan Gajah Perang di depan pada minit ke-26 bagi memimpin separuh masa pertama perlawanan.

Supachai Chaided. Foto Agensi
Supachai Chaided. Foto Agensi

Kyrgyzstan yang juga kemaraan tersekat di pusingan 16 UAE 2019 selepas tewas 2-3 kepada tuan rumah selepas menduduki tempat ketiga terbaik Kumpulan C berusaha kembali dalam perlawanan pada separuh masa kedua.

Namun Gajah Perang asuhan Masatada Ishii terus mengandakan jaringan sekali lagi menerusi Supachai Chaided yang juga gol kedua peribadi pada minit ke-48 bagi melebarkan kedudukan tiga minit sepak mula separuh masa pertama.

Tiga mata diraih Thailand, menyaksikan Gajah Perang menjadi pasukan tunggal dari Asia Tenggara meraih mata penuh dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan selepas permulaan hambar Vietnam (2-4 tewas kepada Jepun), Indonesia (1-3 tewas kepada Iraq), Malaysia (0-4 tewas kepada Jordan).

Sementara itu dalam satu lagi aksi kumpulan sama, Arab Saudi kendalian Roberto Mancini bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Oman, 2-1.

Artikel Berkaitan:

Jaringan masa kecederaan minit ke-96, Ali Hadi Mohammed Al Bulaihi memastikan Green Falcons mengutip tiga mata sekaligus permulaan positif di edisi Qatar 2023.

Aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, Oman terlebih dulu di depan menerusi jaringan sepakan penalti Salah Al-Yahyaei pada minit ke-14 separuh masa pertama.

Pemain gantian dari kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr, Abdulrahman Ghareeb kembali memberikan talian hayat kepada Arab Saudi yang terkandas pada pusingan 16 UAE 2019 setelah tewas 0-1 kepada Jepun dengan gol minit ke-78.