Sila log masuk terlebih dahulu.

[WACANA SINAR] Jangan sampai jadi politik perkauman!

16 Januari 2024 | Wacana
A
A
A
Serangan ‘molotov cocktail’ ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas minggu lalu, kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kesetiaan masyarakat India Malaysia dan lain-lain babak barangkali merupakan sebahagian episod politik negara ini yang didakwa sarat dengan unsur kaum dan agama.

Dalam negara yang berbilang bangsa, budaya dan adat resam, semangat saling hormat begitu penting namun kecenderungan berpolitik kepartian yang terlalu kuat akan jadi pencabar kepada agenda harmoni dan idea perpaduan.

Adakah semua perkara mahu dilihat dari kaca mata politik kepartian? Bagaimana mengurus perbezaan agar ia tidak bertukar menjadi kebencian? Bersediakah parti-parti politik menurunkan ego demi agenda nasional yang lebih besar?

Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini dalam Wacana Sinar edisi 428, "JANGAN SAMPAI JADI POLITIK PERKAUMAN!" sekarang di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH:

YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=3hpzu5yFpxg

FACEBOOK: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1317855898925593

X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1747236511731581197

#SinarHarian #WacanaSinarHarian #SinarTerkini