Konflik di Laut Merah tidak jejaskan import pertanian, makanan negara

Mohamad ketika sidang media pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri bersama warga kerja KPKM di Wisma Tani pada Selasa. Foto Bernama
Mohamad ketika sidang media pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri bersama warga kerja KPKM di Wisma Tani pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Konflik di laluan Laut Merah ketika ini dijangka tidak memberi kesan kepada import sektor pertanian dan makanan negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata ini kerana laluan di Laut Merah itu kebiasaannya digunakan untuk perdagangan minyak.

"... kawasan itu (Laut Merah) kita tak banyak import produk pertanian, lain kalau (konflik) di Ukraine atau Russia dulu ia seperti bijirin atau jagung," katanya ketika ditanya adakah import sektor pertanian negara akan terjejas susulan konflik yang berlaku di laluan Laut Merah.

Mohamad ketika menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri bersama warga kerja KPKM di Wisma Tani pada Selasa. Foto Bernama
Mohamad ketika menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri bersama warga kerja KPKM di Wisma Tani pada Selasa. Foto Bernama

Ditemui kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2024 kepada warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, Mohamad berkata, KPKM bagaimanapun akan tetap memantau kesan daripada konflik itu yang dijangka dapat dilihat dalam beberapa minggu lagi.

Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya mematahkan serangan puluhan dron dan bedilan peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi di Yaman, ke arah kapal di Laut Merah.

Menurut kenyataan Pusat Perintah Pentagon di media sosial, tiada kerosakan kapal atau kecederaan direkodkan berikutan serangan ke atas kapal dagang yang melalui perairan berkenaan.

Kumpulan Houthi dilaporkan mengaku bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu ke arah sebuah kapal di Laut Merah termasuk melakukan serangan dron ke arah Israel sebagai tanda solidariti dengan Gaza. - Bernama

Artikel Berkaitan: