USM-MAIK latih OKU dalam bidang pertanian

Dr Wan Rosli (dua dari kiri) bersama Dr Mohd Zulkifli (kanan) semasa Majlis Perasmian Penutup Program Tamat Latihan Pekerjaan OKU Melalui Projek Pertanian Bersepadu.
Dr Wan Rosli (dua dari kiri) bersama Dr Mohd Zulkifli (kanan) semasa Majlis Perasmian Penutup Program Tamat Latihan Pekerjaan OKU Melalui Projek Pertanian Bersepadu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU) Universiti Sains Malaysia-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (USM-MAIK) menganjurkan satu projek khas bagi mendedahkan golongan istimewa tersebut dalam bidang pertanian.

Ketuanya, Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim berkata, sebagai permulaan seramai 24 OKU telah diberikan ilmu menerusi ‘Program Latihan Pekerjaan OKU Melalui Projek Pertanian Bersepadu' bermula pada 17 Disember lalu.

Dr Mohd Zulkifli (dua dari kanan) melawat tapak tanaman Program Tamat Latihan Pekerjaan OKU Melalui Projek Pertanian Bersepadu.
Dr Mohd Zulkifli (dua dari kanan) melawat tapak tanaman Program Tamat Latihan Pekerjaan OKU Melalui Projek Pertanian Bersepadu.

"Kesemua peserta berkenaan telah didedahkan dengan teori dan praktikal selama tiga minggu.

"Program latihan ini juga akan dijalankan secara berkala pada bulan Februari atau Mac nanti," katanya semasa Majlis Perasmian Penutup Program Tamat Latihan Pekerjaan OKU Melalui Projek Pertanian Bersepadu.

Ia dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr Wan Rosli Wan Ishak.

Menurut beliau, sepanjang latihan itu para pelatih yang hadir menerima sedikit elaun latihan yang dibiayai oleh pihak Syarikat Enable OKU Solutions (ENOKU).

Ujarnya, pada masa sama pihak ENOKU turut memberi sumbangan untuk pembelian peralatan dan bahan-bahan untuk kegunaan latihan di pusat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pusat Transformasi OKU USM-MAIK menganjurkan satu projek khas bagi mendedahkan golongan OKU dalam bidang pertanian.
Pusat Transformasi OKU USM-MAIK menganjurkan satu projek khas bagi mendedahkan golongan OKU dalam bidang pertanian.

Dr Mohd Zulkifli memberitahu, pihak ENOKU dan PTO akan mengadakan kerjasama dengan model-model pemerkasaan OKU.

Tambah beliau, program itu merupakan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ENOKU yang berpusat di Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin.