Cadang pengoperasian nyamuk aedes berWolbachia diperluas - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bilangan 1/2024 di Bangunan Perdana Putra pada Isnin. Turut sama, Menteri Kesihatan. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bilangan 1/2024 di Bangunan Perdana Putra pada Isnin. Turut sama, Menteri Kesihatan. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengoperasian nyamuk aedes berWolbachia dicadang diperluaskan melalui pertambahan 10 lokaliti baru sebagai usaha pencegahan kawalan denggi di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi terbabit itu memerlukan dana sebanyak RM4 juta setahun.

"Program pelepasan nyamuk aedes berWolbachia telah dilaksanakan di 32 lokaliti melibatkan tujuh negeri bermula tahun 2019," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dibacakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi di sini pada Isnin.

Ujarnya, daripada jumlah itu 19 lokaliti telah lengkap dalam tempoh tahun enam minggu.

"Penilaian keberkesanan menunjukkan penurunan kes denggi 45 hingga 100 peratus berbanding sebelum pelepasan nyamuk aedes berWolbachia," jelas Ahmad Zahid.

Menurut beliau, jawatankuasa kabinet juga mencadangkan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menjadikan pelepasan nyamuk aedes berWolbachia sebagai projek angkat PBT.

"Aktiviti gotong-royong secara berjadual di premis seliaan kementerian, jabatan dan agensi dicadangkan dijadikan agenda tetap dalam Jawatankuasa Tindakan PembangunanPeringkat daerah dan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kempen dan gotong royong secara besar-besaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pemimpin setempat dan masyarakat akan dilaksanakan pada tahun 2024," katanya.

Tambah Ahmad Zahid, satu kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) akan dikemukakan dalam tempoh dua minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk persetujuan.

"Diharapkan dengan keputusan-keputusan yang diambil ini dapat meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi sebelum ia menjadi lebih serius

"Saya menyeru semua rakyat mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.