RON97 naik 2 sen, RON95 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.63 seliter kepada RM2.65 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini berkata, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 4 hingga 10 Januari ini.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.35 seliter dan RM2.43 seliter masing-masing.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.33 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.39 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol," katanya.

Tambah kenyataan itu, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 4 hingga 10 Januari ini adalah berjumlah RM128.24 juta.

Artikel Berkaitan: