Anies janji peluang kesamarataan kepada usahawan

Anies Baswaden - Agensi
Anies Baswaden - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Calon Presiden (Capres), Anies Baswaden telah berjanji untuk menawarkan peluang kesamarataan kepada pemilik perniagaan dan mencipta peluang kerjaya jika memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres), lapor Jakarta Post.

"Kami mahu mewujudkan peluang kesamarataan untuk pertumbuhan dengan diselangi pembangunan sama dan mampan," katanya semasa dialog dengan pemimpin Dewan Perniagaan dan Industri Indonesia (Kadin).

Untuk mencapai matlamat ini, Anies merancang memperkenalkan Satu Ekonomi jika beliau terpilih menjadi presiden seterusnya.

Dalam inisiatifnya, beliau menggariskan dua langkah dan yang pertama membabitkan persekitaran perniagaan yang kondusif dengan menambah baik kepastian undang-undang, perancangan jangka panjang dan memudahkan pemilikan permit.

Langkah kedua iaitu menyaksikan pengurangan kos sara hidup dan memberi peluang pekerjaan kepada generasi baharu. Bagi melaksanakan matlamat ini, beliau turut merancang memperluaskan tadbir urus makanan dan membangunkan 40 bandar bagi memperkukuh pusat ekonomi.

"Saya bertemu dengan ramai individu di pelbagai wilayah dan mereka mengadu mengenai kos sara hidup dan pengeluaran yang tinggi," tambahnya.

Melalui inisiatif Satu Ekonomi, Anies menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang sekata, membuka peluang pekerjaan, logistik mampu milik, kepastian undang-undang dan birokrasi yang diperkemas.

Perkembangan ekonomi ini dijangka menghasilkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang lebih baik di seluruh Indonesia.

Artikel Berkaitan:

Anies berkata, Kadin mempunyai tiga peranan strategik dalam pembangunan ekonomi negara termasuk sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam memacu aktiviti perniagaan, sebagai penggalak kemajuan industri di peringkat nasional dan antarabangsa serta sebagai pemangkin untuk memacu ekonomi negara dan serantau. - Agensi