DBKL sita ubat perangsang, alatan seks dijual warga asing

Penguat kuasa DBKL menyita barang milik tukang kasut yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.
Penguat kuasa DBKL menyita barang milik tukang kasut yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita ubat perangsang dan alatan seks yang dijual oleh warga asing dalam satu operasi di Jalan Haji Taib dan Chow Kit pada Ahad.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, penguat kuasa DBKL turut menyita barang milik dua tukang kasut dan seorang peniaga makanan ringan warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

Penguat kuasa DBKL menyita barang milik tukang kasut yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.
Penguat kuasa DBKL menyita barang milik tukang kasut yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

"DBKL terus bertindak sita serta-merta ke atas empat penjaja ubat-ubat dan alatan seks, dua peniaga tukang kasut dan seorang penjaja makanan ringan milik warga negara asing menerusi UUK Pelesen Penjaja (WPKL) 2016.

"Kesemua peniaga terbabit menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sekitar Jalan Haji Taib dan Chow Kit, Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu di laman Facebook rasmi DBKL pada Ahad.

DBKL turut menyita barang milik seorang peniaga makanan ringan warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.
DBKL turut menyita barang milik seorang peniaga makanan ringan warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

DBKL turut memaklumkan pemeriksaan berterusan dan pemantauan secara berkala akan dijalankan sekitar kawasan tumpuan di ibu negara dari semasa ke semasa.

"Ia termasuk menerusi siri-siri tindakan khas yang telah dirancangkan termasuk di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: