Discord berhentikan hampir 200 pekerja

Keputusan Discord memberhentikan ratusan pekerjanya adalah sebagai satu usaha bagi meningkatkan kecekapan dalam syarikat itu.
Keputusan Discord memberhentikan ratusan pekerjanya adalah sebagai satu usaha bagi meningkatkan kecekapan dalam syarikat itu.
A
A
A

SAN FRANCISCO - Discord dilapor telah memberhentikan sehingga 17 peratus tenaga kerja dalam pelbagai jabatan dan pasukan.

Jumlah itu dianggarkan bersamaan 170 pekerja dan pemberitahuan itu dimaklumkan menerusi memo dalaman syarikat berkenaan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Discord, Jason Citron berkata, keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha Discord untuk meningkatkan kecekapannya.

"Syarikat perlu meningkatkan fokus serta memperbaiki cara bekerjasama secara dalaman," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Citron tidak mengulas lebih lanjut sebarang perancangan untuk strategi khusus yang akan dilaksanakan kelak.

Pemberhentian itu bukan kali pertama terjadi. Malah, sudah dibuat sejak Ogos tahun lalu yang melibatkan empat peratus tenaga pekerja yang diberhentikan.

Difahamkan, kesemua pekerja yang diberhentikan diberikan pampasan yang termasuk bayaran gaji selama lima bulan dan akses kepada perkhidmatan kesihatan sehingga hujung tahun ini.

Discord sangat terkenal dengan permainan video, namun kini ia sudah berkembang dan digunakan oleh komuniti seni dan pelajar yang ingin belajar secara berkumpulan. - Agensi

Artikel Berkaitan: