Dilema penunggang motosikal

Motosikal menjadi pilihan utama bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya.
Motosikal menjadi pilihan utama bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya.
A
A
A

PENGGUNAAN motosikal di Malaysia mencatatkan peningkatan saban tahun ditambah lagi dengan populariti perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain terutama di Lembah Klang.

Demi keselamatan penunggang, kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya sebelum ini telah membina laluan khas bertujuan mengasingkan pengguna motosikal daripada kenderaan lain.

Kon dan penghalang jalan yang diletakan menjadikan laluan sempit kerana telah menghalang satu lorong. Gambar diambil pada 23/08/2023.
Kon dan penghalang jalan yang diletakan menjadikan laluan sempit kerana telah menghalang satu lorong. Gambar diambil pada 23/08/2023.

Sebuah motosikal yang rosak akibat kemalangan di laluan khas motosikal.
Sebuah motosikal yang rosak akibat kemalangan di laluan khas motosikal.

Pelaksanaannya ternyata dapat melindungi penunggang motosikal daripada risiko kemalangan.

Malangnya masih terdapat segelintir penunggang yang sanggup merisikokan keselamatan diri dengan menggunakan laluan utama.

Laluan khas motosikal dinaiki air ketika hujan lebat.
Laluan khas motosikal dinaiki air ketika hujan lebat.

Artikel Berkaitan:

Gambar yang diambil di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan bagi tempoh berbeza menunjukkan selepas tujuh bulan kerosakan jalan masih belum dibaiki.
Gambar yang diambil di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan bagi tempoh berbeza menunjukkan selepas tujuh bulan kerosakan jalan masih belum dibaiki.

Halangan pada lorong motosikal akibat kerosakan jalan masih ada setelah hampir tujuh bulan dari tinjauan yang pertama. Gambar diambil pada 28/12/ 2023.
Halangan pada lorong motosikal akibat kerosakan jalan masih ada setelah hampir tujuh bulan dari tinjauan yang pertama. Gambar diambil pada 28/12/ 2023.

Tindakan tersebut bukan sahaja berbahaya, malah kegagalan mematuhi penggunaan lorong motosikal yang disediakan boleh menyebabkan mereka dikenakan saman.

Kegagalan mematuhi penggunaan lorong motosikal yang disediakan boleh menyebabkan penunggang dikenakan saman.
Kegagalan mematuhi penggunaan lorong motosikal yang disediakan boleh menyebabkan penunggang dikenakan saman.

Namun mereka mempunyai pelbagai alasan tersendiri tidak menggunakan laluan tersebut antaranya jalan rosak, jalan tidak diturap rata, terowong gelap tanpa lampu dan sebagainya.

Sistem pencahayaan yang tidak diselenggara dengan baik menjadikan terowong gelap boleh mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.
Sistem pencahayaan yang tidak diselenggara dengan baik menjadikan terowong gelap boleh mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Segelintir penunggang merisikokan diri menggunakan laluan utama dengan pelbagai alasan.
Segelintir penunggang merisikokan diri menggunakan laluan utama dengan pelbagai alasan.

Terdapat terowong sempit dan berliku serta permukaan jalannya yang licin ketika hujan.
Terdapat terowong sempit dan berliku serta permukaan jalannya yang licin ketika hujan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati alasan-alasan tersebut ada asasnya kerana terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna laluan tersebut.

Sebagai contoh terdapat kerosakan jalan di laluan khas motosikal Lebuhraya Persekutuan yang hanya diletakkan kon serta penghalang jalan tetapi tiada tindakan baik pulih kerosakan selama lebih daripada enam bulan.

Kon dan penghalang jalan yang diletakan menjadikan laluan sempit kerana telah menghalang satu lorong. Gambar diambil pada 31/05/2023.
Kon dan penghalang jalan yang diletakan menjadikan laluan sempit kerana telah menghalang satu lorong. Gambar diambil pada 31/05/2023.

Laluan khas motosikal yang tidak selenggara dan tidak lagi digunakan di Putrajaya.
Laluan khas motosikal yang tidak selenggara dan tidak lagi digunakan di Putrajaya.

Selain itu terdapat permukaan jalan yang licin, jalan berbonggol kerana tidak diturap dengan baik, terowong gelap, laluan dinaiki air ketika hujan lebat serta laluan yang sempit.

Sistem perparitan yang kurang baik menyebabkan air sering melimpah sehingga ke laluan motor terutama apabila hujan.
Sistem perparitan yang kurang baik menyebabkan air sering melimpah sehingga ke laluan motor terutama apabila hujan.

Oleh itu penunggang perlu sentiasa berhati-hati dan lebih peka jika terdapat sebarang halangan di sepanjang laluan.

Seorang lelaki sedang mengalihkan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di laluan khas motosikal.
Seorang lelaki sedang mengalihkan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di laluan khas motosikal.

Penunggang juga sudah pasti mengharapkan pihak berwajib lebih proaktif dengan menambah kekerapan pemantauan serta melakukan penyelenggaraan secara berkala untuk menjadikan laluan khas motosikal lebih selamat digunakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!