Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dalam liga tersendiri

Fattah kali ini bergandingan bersama Nadhir Nasar selaku teraju utama.
Fattah kali ini bergandingan bersama Nadhir Nasar selaku teraju utama.
A
A
A

KEJAYAAN filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada tahun 2022 mencetuskan fenomena tersendiri sehingga naskhah berkenaan berjaya mencatat kutipan sehingga RM97 juta.

Justeru pengumuman produksi Studio Kembara untuk menghasilkan sekuel filem berkenaan telah membuatkan ramai teruja, biarpun proses pembikinan naskhah berkenaan sedikit mencetuskan kontroversi termasuk pertukaran pengarah.

Namun bukan hal itu yang ingin penulis ceritakan, sebaliknya tentu sekali hasil pembikinan filem arahan Saiful Reza dan Sharuddin Md Dali itu.

Berbeza daripada naskhah pertama, sekuel kali ini mengangkat Fattah Amin selaku teraju utama di samping watak baharu yang dijayakan pelakon hebat seperti Nadhir Nasar, Amerul Affendi, Nur Fazura, Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Namron, Dian P Ramlee, Heliza Helmi, Tissa Biani, Geoff Andre Feyaerts, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Kemunculan Amerul Affendi walau hanya untuk beberapa babak sebagai Tobah tetap meninggalkan kesan.
Kemunculan Amerul Affendi walau hanya untuk beberapa babak sebagai Tobah tetap meninggalkan kesan.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah secara ringkasnya mengisahkan Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan Melayu di Terengganu.

Jika dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Kapten Syers antara watak yang paling dibenci, kali ini, anda akan lebih membenci beliau.
Jika dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Kapten Syers antara watak yang paling dibenci, kali ini, anda akan lebih membenci beliau.

British yang mengetahui perkara itu mengarahkan Kapten Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat.

Artikel Berkaitan:

Perjalanan cerita kali ini memang straightforward dan tidak sukar difahami. Bagaimanapun, kelebihan sekuel kali ini adalah penglibatan pelakon yang cukup hebat dan tampil dengan lakonan berkesan seperti Nadhir selaku Tahan, Amir (Andak), Amerul (Tobah), Geoff (Kapten Syers) dan ramai lagi.

Cuma sayangnya, lakonan Fattah seperti ada satu keterbatasan dan tidak cukup menyerlah seperti filem pertama. Ada ketikanya, emosi yang diluahkan suami Fazura itu tidak cukup sampai ke jiwa penonton.

Entah kenapa, lakonan Fattah dalam sekuel ini tidak memberi kesan seperti filem pertama.
Entah kenapa, lakonan Fattah dalam sekuel ini tidak memberi kesan seperti filem pertama.

Bagaimanapun secara keseluruhannya, lakonan aktor berusia 33 tahun itu semakin baik jika dibandingkan dengan karya-karyanya sebelum ini. Cuma mungkin naskhah epik ini bukan makanan utama Fattah.

Kewujudan watak Tahir dilihat banyak membantu karakter Awang untuk menyerlah, tetapi bila Fattah kembali ke layar berseorangan, ia seperti tidak memberi impak yang sepenuhnya.

Bagi sinematografi pula, penulis memang puji Saiful selaku pengarah babak aksi kerana tampil dengan hasil kerja yang lebih kemas dan tidak ada lagi babak kamera bergoyang-goyang.

Setiap babak aksi diatur dan disusun sebaiknya supaya menyuntik andernalin penonton untuk rasa berdebar-debar melihat babak pertarungan.

Namun apabila berbalik kepada babak lain dan lontaran emosi, Sharuddin gagal menterjemahkan sebaik Syamsul Yusof. Ada kekurangan termasuk dialog yang tidak memberi, sehingga babak yang sepatutnya sedih, mengundang tertawa kecil ketika tayangan perdana.

Cuma, mungkin itu adalah penerimaan berbeza segelintir penonton termasuk penulis.

Babak melibatkan kumpulan Srikandi ini akan membuatkan bulu roma berdiri.
Babak melibatkan kumpulan Srikandi ini akan membuatkan bulu roma berdiri.

Penulis juga tidak mahu menyentuh isu kostum yang menjadi pendebatan netizen, tetapi dari segi set, memang cukup wow.

Secara keseluruhan, filem ini bukanlah terlalu teruk atau buruk untuk ditonton. Ia masih meninggalkan impak, termasuk kewujudan babak srikandi yang mungkin membuatkan bulu roma berdiri.

Ini pandangan penulis, mengapa tidak anda tonton sendiri untuk mengetahui keseluruhan hasil dua pengarah ini.


PENDEKAR AWANG: DARAH INDERA GAJAH

PENGARAH: Saiful Reza Shukor, Shaharudin Md Dali

PELAKON: Fattah Amin, Nur Fazura, Namron, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Wan Hanafi Su, Tissa Biani, Amerul Affendi

GENRE: Aksi / Epik

DURASI: 2 Jam 10 Minit

KLASIFIKASI: 13

TAYANGAN: 11 Jan 2024

BINTANG: 3.5 / 5