Sila log masuk terlebih dahulu.

MOT henti majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya untuk jimat

12 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 12 JANUARI 2024

Mulai tahun ini majlis pelancaran kempen-kempen keselamatan jalan raya bagi setiap musim perayaan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak akan diadakan lagi, kata Menterinya Anthony Loke.

Beliau berkata ia memandangkan setiap kali dianjurkan kempen berkenaan, ia akan melibatkan kos hampir RM200,000 termasuk perbelanjaan cenderamata, makanan, sistem siar raya dan pemasangan khemah.

Namun, tegasnya operasi bersepadu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan akan diteruskan dan tidak akan dihentikan.

Loke menambah, majlis seumpama itu dibenarkan jika dibuat syarikat swasta.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643986/berita/nasional/mot-henti-pelaksanaan-kempen-keselamatan-jalan-raya-untuk-jimat

#BeritaSemasa #SinarHarian #AnthonyLoke #Konvoi #JalanRaya #MOT