Sila log masuk terlebih dahulu.

Think Quran bantu belajar bahasa Al-Quran dalam 15 minit

12 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 JANUARI 2024

Think Quran melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran, untuk menggalakkan orang ramai memahami setiap perkataan dalam kitab suci tersebut, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Think Quran, Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman berkata, Think Quran menggunakan kaedah pengulangan dengan modul berkesan dengan menyasarkan pengguna aplikasinya dapat mengimarahkan bulan puasa tahun ini dengan lebih berkesan.

Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ini membolehkan pembelajaran dan penghayatan Al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja.

Tambahnya, hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi tersebut.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/643991/berita/nasional/aplikasi-think-quran-lancar-kempen-fahamkhatamalquran-sempena-ramadan

Muzik: Nadaz - Zariz dari www.artlist.co