Sindiket seludup diesel kecundang, nilai rampasan RM15.1 juta

PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan diesel subsidi di Klang, Selangor pada Selasa.
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan diesel subsidi di Klang, Selangor pada Selasa.
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan diesel dengan rampasan mencecah RM15.1 juta di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, serbuan yang dijalankan sepasukan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) berjaya menahan 12 lelaki termasuk dua warga tempatan.

Polis telah merampas 1,022,860 liter minyak diesel subsidi, 18 lori tangki, 16 tangki sid mengandungi minyak diesel, 14 pam minyak dan dua buku stok keluar masuk.
Polis telah merampas 1,022,860 liter minyak diesel subsidi, 18 lori tangki, 16 tangki sid mengandungi minyak diesel, 14 pam minyak dan dua buku stok keluar masuk.

"Polis telah merampas 1,022,860 liter minyak diesel subsidi, 18 buah lori tangki, 16 tangki sid mengandungi minyak diesel, 14 pam minyak dan dua buku stok keluar masuk.

"Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM15.1 juta," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mengulas lanjut, kata Hazani, bagi tempoh 1 hingga 10 Januari, WCB/PSK telah melancarkan 13 serbuan dan berjaya membuat 40 tangkapan dengan nilai rampasan RM39.2 juta.

Tegasnya, PDRM sentiasa komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi untuk memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama orang ramai dalam penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya," ujarnya.