Polis saman lelaki halang kenderaan bomba di laluan kecemasan

Polis mengeluarkan saman terhadap lelaki yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai. Gambar fail Bernama
Polis mengeluarkan saman terhadap lelaki yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai. Gambar fail Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Polis telah mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai, dekat Kulim pada hari Ahad lepas, setelah rakaman video berhubung tindakannya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 40 saat tular di media sosial semalam, yang memaparkan tindakan sebuah kenderaan yang enggan memberi laluan kepada kenderaan pasukan bomba di laluan kecemasan.

"Kejadian yang tular itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lepas. Pihak terlibat iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengalami masalah pendengaran telah dipanggil hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan tindakan saman telah dikenakan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: