MAG perkenal seragam baharu AeroDarat Services

MAG hari ini melancarkan pakaian seragam darat baharu untuk petugas barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS), sebagai simbolik langkah penting dalam reka bentuknya, di samping mengekalkan penghormatan kepada akar budaya Malaysia. Foto Bernama
MAG hari ini melancarkan pakaian seragam darat baharu untuk petugas barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS), sebagai simbolik langkah penting dalam reka bentuknya, di samping mengekalkan penghormatan kepada akar budaya Malaysia. Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Malaysia Aviation Group (MAG) memperkenalkan uniform baharu kakitangan darat anak syarikatnya, AeroDarat Services (ADS).

Dengan menampilkan motif songket pada blazer, ia menterjemahkan elemen moden dalam rekaan selain mengekalkan budaya Malaysia.

Berwarna biru dipadankan bersama skirt atau seluar, seragam itu dilihat lebih praktikal dipakai oleh kakitangan ADS seiring peranan menyediakan perkhidmatan kepada semua syarikat penerbangan MAG serta asing.

Berucap pada majlis pelancaran seragam baharu itu, Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, ia juga melambangkan komitmen syarikat terhadap profesionalisme dan kesaksamaan.

"Seragam baharu itu juga bagi meraikan bakat dalaman kami susulan ia direka khas oleh golongan muda kreatif dalam MAG, seterusnya memacu organisasi ke hadapan," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) pada Rabu.

Menurutnya, pelancaran seragam baharu itu juga sebagai langkah menghargai kemeriahan budaya Malaysia dengan menerapkan elemen motif songket dalam rekaan.

"Kami mahu tetamu MAG terus menerima layanan mesra yang mentakrifkan jenama kami,” katanya.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Artikel Berkaitan:

Ia turut mendapat kerjasama Habib Jewels dan TudungPeople yang menggariskan komitmen MAG dalam menyokong dan memperkasakan bakat dan jenama tempatan.

Dalam pada itu, Izham berkata selain pakaian seragam, MAG turut memperkenalkan beg tangan yang diberi nafas baharu daripada seragam kebaya sebelum ini.

“Langkah penting itu bukan sahaja menggariskan komitmen kumpulan dalam menerapkan amalan mampan dalam operasi, tetapi melambangkan satu perjalanan sejarah organisasi,” katanya.