Anna Ching-Mei Xing akur kehebatan Ha Na-So Hee

Anna Ching-Mei Xing. Foto BAM
Anna Ching-Mei Xing. Foto BAM
A
A
A

BEREGU wanita negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing menyingkap kempen kejohanan badminton Terbuka Malaysia langkah kiri selepas tewas kepada gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee pada di Stadium Axiata Arena Rabu.

Anna Ching-Mei Xing yang tampil dengan status nombor 64 dunia ternyata bukan tandingan Ha Na-So Hee yang merupakan pilihan kedua kejuaraan, apabila tewas straight set 14-21, 13-21 dalam tempoh 43 minit.

Beregu negara memberikan tentangan sengit, namun beberapa kesilapan mudah menyaksikan mata menjadi milik gandingan Korea Selatan tersebut dalam pertemuan pertama kedua-dua pasangan.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Anna Ching Yik Cheong yang tampil aksi bertenaga selepas kembali pulih daripada kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kanannya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!