Dua pencuci kereta liwat pelajar perempuan ditahan

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Polis menahan dua pekerja pencuci kereta di sini kerana disyaki meliwat seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun di sebuah kampung di sini pada Isnin.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata hari ini, datuk pelajar perempuan itu telah membuat laporan polis pada pukul 3 pagi semalam selepas mangsa menceritakan kepadanya kejadian itu yang didakwa berlaku antara pukul 6 petang dan 7.30 malam hari Isnin.

Datuk pelalar itu telah membawanya ke hospital pada pukul 2 pagi semalam dan pemeriksaan terhadapnya menunjukkan ada tanda-tanda dia diliwat, katanya.

Muhamad Farid berkata kedu-dua lelaki berkenaan ditangkap pada pukul 10 pagi semalam selepas mereka pada mulanya menafikan melakukan perbuatan itu.

Mereka dihadapkan ke mahkamah hari ini dan diperintahkan ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan, kata beliau.

Pesalah liwat yang disabitkan kesalahannya boleh dihukum penjara antara lima dan 20 tahun serta disebat.

Artikel Berkaitan: