Banjir: Bunyikan 'wisel' kejutkan penduduk segera berpindah

Anggota penyelamat membantu penduduk berpindah ke PPS.
Anggota penyelamat membantu penduduk berpindah ke PPS.
A
A
A

KOTA TINGGI - Tindakan segelintir penduduk di kawasan rumah kedai di yang enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) menjadi cabaran kerja penyelamatan dilakukan pada hari ketiga pusat bandar ditenggelami banjir.

Tinjauan dilakukan Sinar Harian pada Selasa, mendapati wisel dibunyikan anggota penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) untuk memberitahu penduduk agar segera berpindah.

Bekalan makanan masih mencukupi menyebabkan ada penduduk masih menunggu di kediaman bangunan kedai meskipun kawasan deretan kedai di bandar Kota Tinggi ditenggelami air lebih satu meter.

Keadaan bandar Kota Tinggi yang masih dilanda banjir.
Keadaan bandar Kota Tinggi yang masih dilanda banjir.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pasukan penyelamat bersiap sedia membantu penduduk dalam apa juga keadaan cuaca yang tidak menentu kini.

"Mengikut ramalan awal, hujan diramalkan sehingga Ahad, namun Kota Tinggi mengalami hujan berterusan sehingga Selasa.

"Hujan lebat yang bertembung dengan air pasang besar sehingga 2.9 meter menyebabkan pusat bandar dijangkakan mungkin akan terus dinaiki air bah dalam masa dua tiga hari ini," ujarnya ketika dihubungi pada Selasa.

Anggota penyelamat membantu penduduk berpindah ke PPS.
Anggota penyelamat membantu penduduk berpindah ke PPS.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, orang ramai diminta tidak memasuki pusat bandar ketika ini bagi memberi laluan kepada anggota penyelamat melakukan operasi dan pemantauan menyelamatkan mangsa banjir.

Hujan lebat sejak malam Isnin, memburukkan lagi keadaan banjir di pusat bandar Kota Tinggi ditambah dengan fenomena air pasang yang menyebabkan kawasan tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda untuk surut.