Pengarah JPJ negeri wanita pertama dilantik

Majlis serah tugas kepada Fatimah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid di Putrajaya hari ini.
Majlis serah tugas kepada Fatimah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid di Putrajaya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mencipta sejarah apabila melantik Puan Fatimah Mohamed Ali Piah sebagai pengarah wanita negeri yang pertama di negara ini.

Fatimah, 51, dilantik sebagai Pengarah Negeri Perlis yang baharu menggantikan Tuan Shahrul Azhar Mat Dali yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen Operasi di Ibu Pejabat JPJ yang berkuatkuasa semalam.

Fatimah yang berpengalaman selama 25 tahun memulakan tugas sebagai pembantu penguatkuasa gred 17 pada tahun 1994.

Fatimah
Fatimah

Kecemerlangan dan usaha keras melayakkan beliau dinaikkan pangkat Gred 29 pada tahun 1999 dan seterusnya ke Gred 41 pada tahun 2009.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Komunikasi Korporat, UPM dan Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat, UiTM juga pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Ketua JPJ Cawangan Gua Musang, Pegawai Perhubungan Awam JPJ Selangor, Ketua Unit Aduan dan Siasatan Ibu Pejabat dan Ketua Unit Pengukuhan Integriti.

Sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) siri 1/2012, beliau turut terlibat dalam program-program pengukuhan integriti JPJ di antaranya ialah, Ketua Audit Dalaman MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS), Training of Trainers (TOT) Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP), Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) JPJ dan beberapa program lain.

Artikel Berkaitan: