Israel terus bunuh kanak-kanak di Gaza

Lebih 22,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza yang kebanyakannya adalah wanita dan golongan kanak-kanak. Foto AFP
Lebih 22,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza yang kebanyakannya adalah wanita dan golongan kanak-kanak. Foto AFP
A
A
A

KHAN YOUNIS - Kekejaman Israel berterusan dengan terbaharu serangan Zionis itu telah membunuh dan mencederakan puluhan lagi rakyat Palestin di Khan Younis pada Ahad.

Antara yang maut dan cedera adalah kanak-kanak yang telah dibawa ke hospital di bandar itu selepas serangan udara melanda rumah mereka di selatan Gaza.

Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin dibawa ke hospital, manakala penyelamat meneruskan usaha mencari mayat di bawah runtuhan bangunan.

Lebih 22,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza yang kebanyakannya adalah wanita dan golongan kanak-kanak.

Kira-kira 85 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka dengan kebanyakannya mencari perlindungan di zon selamat yang ditetapkan Israel di selatan Gaza.

Tetapi Israel juga kerap melakukan serangan di kawasan tersebut menyebabkan ramai rakyat Palestin merasakan bahawa tiada tempat di wilayah yang dikepung itu selamat. - Awani

Artikel Berkaitan: