Imigresen tangkap PATI di KLCC, Bukit Bintang

Antara individu yang ditahan untuk pemeriksaan lanjut di menara berkembar KLCC pada Sabtu.
Antara individu yang ditahan untuk pemeriksaan lanjut di menara berkembar KLCC pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kuala Lumpur melakukan operasi mengejut dan menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar menara berkembar KLCC dan Bukit Bintang pada Sabtu.

Operasi bermula jam 9.15 malam tertumpu di sekitar lokasi warga asing berkumpul itu.

Pemeriksaan dijalankan oleh seramai 40 pegawai dan anggota diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha.

Antara individu yang ditahan untuk pemeriksaan lanjut di menara berkembar KLCC pada Sabtu.
Antara individu yang ditahan untuk pemeriksaan lanjut di menara berkembar KLCC pada Sabtu.

Sehingga jam 10 malam tadi, lebih 50 individu diperiksa, namun sebahagian mereka dilepaskan selepas mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Antara warga asing yang ditahan adalah warga Filipina, Pakistan, Nepal dan mereka yang memiliki kad pengenalan merah atau permastautin tetap.

Dua warga asing ditahan untuk pemeriksaan lanjut di menara berkembar KLCC pada Sabtu.
Dua warga asing ditahan untuk pemeriksaan lanjut di menara berkembar KLCC pada Sabtu.

Tumpuan sasaran pegawai Penguatkuasa JIM adalah memeriksa individu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan Imigresen.

Artikel Berkaitan:

Sehingga jam 10.15 malam operasi pemeriksaan masih berjalan dan semua tangkapan akan dikumpulkan di hadapan menara berkembar KLCC.

Maklumat penuh operasi dijangka diperoleh selepas operasi berakhir sekitar jam 12 tengah malam.