Sila log masuk terlebih dahulu.

Jabatan Perikanan Selangor bongkar taktik pencuri kerang

06 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 6 JANUARI 2024

Sembunyi pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kerang antara taktik dikesan menerusi operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perikanan Selangor di sebuah jeti perkampungan nelayan, di Sabak Bernam pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

Peralatan terdiri daripada kor bergalah atau tangguk tangan serta pelbagai alatan lain dijumpai disembunyikan di stor jeti ketika pemeriksaan menerusi Op Hurricane Bersepadu bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642924/berita/semasa/taktik-pencuri-kerang-terbongkar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com