Remaja lelaki lemas ketika mandi sungai

Operasi pencarian mangsa dijalankan di lokasi dia dilaporkan lemas. Foto BBP Dungun
Operasi pencarian mangsa dijalankan di lokasi dia dilaporkan lemas. Foto BBP Dungun
A
A
A

DUNGUN - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas di sungai berdekatan Awang Beach Resort dekat sini pada petang Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Sharizal Shamsudin berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Muhammad Hazrie Ezani Abdullah ditemui pada jam 6.10 petang di kedalaman empat meter di sungai tersebut.

Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai berdekatan Awang Beach Resort pada petang Jumaat. Foto BBP Dungun
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai berdekatan Awang Beach Resort pada petang Jumaat. Foto BBP Dungun

Menurunya, mangsa dilaporkan lemas ketika sedang mandi manda bersama beberapa rakan lain kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya, seramai 22 anggota BBP Dungun berserta jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.13 petang.

"Operasi pencarian mangsa dijalankan di tempat kali terakhir dia dilihat lemas.

Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa.
Foto BBP Dungun
Anggota penyelamat mengangkat mayat mangsa. Foto BBP Dungun

"Mayat mangsa ditemui dalam kedalaman empat meter dengan berseluar trek dan tidak berbaju," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sharizal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 6.45 petang.