Hamdan Senario jiran yang baik, suka membantu

Borhan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bercham Raya di sini menunjukkan gambar ketika Allahyarham Hamdan hadir ke majlis perkahwinan anaknya pada September tahun lalu.
Borhan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bercham Raya di sini menunjukkan gambar ketika Allahyarham Hamdan hadir ke majlis perkahwinan anaknya pada September tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Pemergian pelawak legenda, Allahyarham Hamdan Ramli turut dirasai jirannya di Taman Bercham Raya di sini pada Jumaat.

Borhan Mohd Yatim, 53, berkata, Allahyarham seorang yang sangat baik dan tidak sombong.

Katanya, sepanjang 18 tahun berjiran, banyak kenangan bersama kerana Allahyarham seorang yang peramah.

"Saya sebenarnya kenal dia dah 20 tahun. Kali terakhir kami jumpa pada minggu lepas sebelum arwah ke Johor. Arwah kalau jumpa kami sentiasa senyum.

"Bila dapat berita dia meninggal memang terkejut. Sebelum itu masa dapat berita dia masuk hospital dan ditidurkan kami tak percaya sampailah ahli keluarga arwah sendiri yang beritahu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bercham Raya di sini pada Jumaat.

Borhan berkata, Allahyarham juga datang ke majlis perkahwinan anaknya pada bulan September tahun lalu.

Hamdan (dua dari kiri) ketika hadir ke majlis perkahwinan anak Borhan pada September tahun lalu.
Hamdan (dua dari kiri) ketika hadir ke majlis perkahwinan anak Borhan pada September tahun lalu.

Seorang lagi jiran, Rusdi Mohd Razali, 52, turut mengakui rasa kehilangan Allahyarham sejak tinggal di situ pada tahun 2000.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Allahyarham tidak pernah menyusahkan jiran-jiran malah pernah menghulurkan bantuan yang menjadi antara kenangan tidak dilupakan.

Hamdan atau nama sebenar Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 55, menghembuskan nafas terakhirnya di HSA kira-kira jam 12.40 tengah hari Jumaat.

Allahyarham meninggalkan empat anak iaitu Muhamad Zeyreen Misha, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21, serta isteri, Norhamalini Ahmed, 53.