[VIDEO] Remaja redah banjir maut terkena renjatan elektrik

Penduduk kampung menunjukkan tempat remaja tersebut terkena renjatan elektrik. - Foto Antara
Penduduk kampung menunjukkan tempat remaja tersebut terkena renjatan elektrik. - Foto Antara
A
A
A

JAKARTA - Seorang pelajar sekolah maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika meredah banjir dan hujan lebat di Serdang Kamayoran di sini, Selasa lalu.

Hujan lebat yang melanda kawasan itu juga menyebabkan kampung tersebut mengalami banjir yang mencapai kedalaman sehingga 40 sentimeter, lapor Tribunnews yang memetik sumber.

Direktor Aksi Cepat Tanggap (ACT) Indonesia, Lukman Aziz berkata, mangsa, Arviko Alif Ardana, 16, maut selepas melalui satu tiang elektrik di depan sebuah masjid di sini mengalami kebocoran.

Menurutnya, mangsa tidak menduga bahawa tiang elektrik berkenaan mengalami kebocoran elektrik yang menyebabkannya terkena renjatan hingga maut.

"Jenazah telah pun diuruskan dan selamat dikebumikan oleh keluarganya.

"Sehingga ini kawasan ini masih mengalami hujan lebat dan kita menjangkakan air akan terus naik jika hujan berterusan seperti ini," katanya.

Artikel Berkaitan: