Sila log masuk terlebih dahulu.

Masalah kewangan punca wanita ditikam pekerja

04 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Seorang wanita maut dipercayai ditikam pekerja dalam satu pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu di Ipoh pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Dalam kejadian sekitar jam 10.55 pagi itu, mangsa Lee Siew Lean yang juga pemilik perniagaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian turut mengakibatkan teman lelaki mangsa berusia 42 tahun cedera selepas cuba membantu menyelamatkan mangsa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642595/berita/semasa/wanita-maut-ditikam-pekerja

Muzik: Elevate dari www.bensound.com