Amaran hujan berterusan di Pahang dan Johor

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan timur Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 7 Januari ini.

Berdasarkan analisis model-model cuaca MetMalaysia menjangkakan penumpuan angin timuran dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga 9 Januari.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

“Seterusnya amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 8 Januari," kata laporan MetMalaysia pada Khamis,

Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel Berkaitan: